Program Doktor Muda mula dilaksanakan
pada tahun 1989 di Sekolah Kebangsaan Sri Biram, Pekan, Pahang. Bermula
dari sini, program ini telah berkembang dari tahun ke tahun dengan
bertambahnya bilangan sekolah yang melaksanakannya.
Program ini kemudiannya bertapak di negeri Kelantan apabila Sekolah Kebangsaan Tanah Merah 1 mula melaksanakannya pada tahun 1991.
Pada tahun 2000. Bahagian Pendidikan
Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menjadikan Program
Doktor Muda ini sebagai salah satu program promosi kesihatan yang
diterajui di peringkat kebangsaan. Perancangan, penyelarasan dan
pelaksanaan program ini ke seluruh negara dilaksanakan secara bersama
dengan Bahagian Kokurikulum & Kesenian, Kementerian Pelajaran
Malaysia.
Pada Mei 2006,
Kementerian Pelajaran Malaysia telah menjadikan program Doktor Muda
sebagai salah satu aktiviti kokurikulum di sekolah rendah dan dikenali
sebagai
Kelab Doktor Muda.
Objektif
1. Untuk membentuk tabiat kesihatan di
kalangan murid sekolah rendah dengan meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran asas kesihatan mereka agar mereka dapat :
- Mengamalkan cara hidup sihat
- Menjadi pembimbing dan pendorong kepada rakan sebaya dan anggota keluarga ke arah mengamalkan cara hidup sihat.
- Membantu anggota kesihatan dan pihak sekolah dalam menjalankan aktiviti kesihatan di sekolah.
2. Menggalakkan ibu bapa atau penjaga supaya memberi perhatian wajar kepada kesihatan anak-anak.
3. Memperkukuhkan penglibatan guru serta warga sekolah lain dalam usaha meningkatkan kesihatan pelajar.
4. Mempertingkatkan kerjasama antara
Jabatan Kesihatan dengan Jabatan Pendidikan dalam menggalakkan amalan
kesihatan yang baik di kalangan murid sekolah rendahAntara faedah yang boleh diperolehi dalam melaksanakan Kelab Doktor Muda adalah:
- Tabiat kesihatan dapat dipupuk di kalangan murid di peringkat sekolah rendah.
- Murid sekolah mendapat pengetahuan dan kemahiran asas kesihatan.
- Murid belajar menghargai kesihatan.
- Doktor Muda memperolehi dan mengamalkan kemahiran berkomunikasi.
- Memupuk sifat kepimpinan dan keyakinan di kalangan doktor muda.
- Doktor muda mendapat pengalaman membantu pasukan kesihatan sekolah.
- Kesihatan asas murid – kebersihan diri & penyakit kulit dipantau.
- Mencegah berlakunya keracunan makanan, penyakit berjangkit.
- Murid akan bentuk sikap positif terhadap anggota kesihatan dan perkhidmatan kesihatan.
- Sekolah bersih
- Sekolah bebas Aedes
- Imej sekolah meningka
Gambar Simposium Guru Penasihat KDM Kebangsaan 2012
VIDEO